Laman utam yang memaparkan dua artikel terbaru PD Sebangan.
Memaparkan info semasa PD Sebangan.
Memaparkan aktiviti yang berkaitan dengan PD Sebangan.
Memaparkan sejarah Sebangan dan PD Sebangan.
Negeri Sarawak

Negeri Sarawak atau juga dikenali sebagai Sarawak Bumi Kenyalang merupakan salah satu daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan yang membentuk Persekutuan Malaysia. Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia yang terletak di Pulau Borneo (termasuk Sabah) disebut juga sebagai Malaysia Timur.

Sarawak terasing daripada Semenanjung Malaysia ke barat dengan Laut Cina Selatan yang kira-kira 600 km dan dicantum ke negeri Sabah secara langsung ke timur laut di mana kesultanan Brunei di tengah-tengahnya. Atas tanah, negeri ini bersempadanan dengan Kalimantan, Indonesia.

Sarawak adalah kawasan tropika dengan iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun. Hutan Sarawak adalah sumber dan asset yang paling penting.
Sejarah

Nama Sarawak berasal daripada nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak. Batang Sarawak meliputi kawasan di sekitar Kuching hingga ke seluruh Sarawak. Penemuan arkeologi seperti tulang manusia, alat perkakas, tembikar, dan bekas perkuburan di Gua Niah serta lukisan yang diconteng pada dinding gua membuktikan bahawa manusia telah mendiami Sarawak sejak sebelum Masihi lagi. Kewujudan manusia di Sarawak bermula kira-kira 40,000 tahun dahulu. Penemuan ini telah membuktikan bahawa Sarawak sebagai salah sebuah negeri terawal yang didiami oleh manusia di Asia Tenggara.

Sarawak dikatakan berada di bawah kekuasaan kerajaan Srivijaya pada kurun-10 hingga kurun-13, Penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak telah membolehkan orang-orang Melayu dari Sumatera berhijrah dan menetap di kawasan pesisiran Sarawak. Orang melayu telah membuka penempatan mereka di Santubong yang merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting di Nusantara. Ini telah dibuktikan dengan dengan penemuan bahan artifak seperti pasu zaman dinasti Han Cina di Santubong.

Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun-13, Sarawak dikuasai oleh kerajaan Majapahit. Seorang putera Raja Majapahit iaitu Raden Menteri Dipati Jepang atau Datu Merpati Jepang telah berhijrah ke Sarawak pada kurun ke-15. Baginda telah berkahwin dengan Datu Permaisuri anak perempuan Raja Jarom Jawa di Johor sebelum berhijrah ke Sarawak.

Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncullah golongan bangsawan Sarawak yang bergelar Abang. Golongan tersebut atau perabangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di Sarawak. Kehadiran keluarga Brooke sedikit sebanyak menstabilkan keadaan di Sarawak kerana tetangan hebat dari penduduk asal Dayak terhadap pencerobohan tersebut di mana petempuran di antara pejuang Dayak dengan golongan pendatang tercatit dalam 'Papan Turai'.
Bahagian

Sarawak mempunyai 11 bahagian keseluruhannya (Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Kota Samarahan, Bintulu, Mukah dan Betong. Setiap bahagian pentadbiran dipimpin oleh seorang Residen dan dibahagikan kepada dua hingga empat kawasan.

Bandar-bandar utama di negeri Sarawak adalah Kuching (ibu negeri), Miri, Sibu, Bintulu, Sarikei, Sri Aman dan Limbang. Kini, Sarawak mempunyai dua buah bandar raya utama, iaitu Kuching dan Miri. Kuching telah diisytiharkan sebagai bandar raya pada 1 Ogos 1988 manakala Miri mendapat status bandar raya pada 20 Mei 2005.


Bendera Sarawak

Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh. Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta kestabilan dalam masyarakat yang berbilang kaum.

Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya. Bintang pecah sembilan yang berwarna kuning melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal dalam harmonis. Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat dan hasrat perjuangan untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.


Jata Sarawak

Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang", terbang tinggi dengan aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha, berpandukan ideologi politik pembangunan. Lencana negeri ini juga boleh membezakan keungggulan Sarawak daripada negeri-negeri lain di dunia.


Lagu
Sarawak Tanah Air Ku

‘Ibu Pertiwi Ku’
Sarawak Tanah Air Ku
Negeri Ku Tanah Air Ku Sarawak
Engkaulah Tanah Pusaka Ku
Tanah Tumpah Darah Ku
Ibu Pertiwi Ku
Rakyat Hidup Mesra dan Bahagia
Damai Muhibbah Sentiasa
Bersatu Berusaha Berbakti
Untuk Sarawak Ku Cintai
Sarawak Dalam Malaysia
Aman Makmur Rahmat Tuhan Maha Esa
Kekallah Sarawak Bertuah
Teras Perjuangan Rakyat
Berjaya Berdaulat


Bunga rasmi

Orkid Normah (Phaelaenopsis violacea) telah dinamakan oleh isteri lewat TYT Tun Abdul Rahman Yakub, Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang ke-4, Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah Abdullah. Ia boleh dijumpai di Semenanjung Malaysia, kepulauan Sumatera dan Borneo. Orkid ini adalah suatu orkid epifitik yang berlaku pada tanah rendah dan menyukai tempat berteduh di tepi sungai. Bunga ini mempunyai panjang 4 hingga 5 cm garis pusatnya dan disusuni dalam dua susunan dengan 1 atau 2 bukaan pada masa yang sama. Kelopak bunganya adalah hijau muda dan dihantar ke tapaknya. Bahagian dalaman adalah berwarna ungu tua.

Spesies yang istimewa ini dikenali oleh warnanya yang cantik dan adalah amat susah didapati disebabkan oleh kehilangan habitat dan terlalu banyak orang yang sedang mengumpulkannya.


Burung rasmi
Burung Kenyalang

Burung Rasmi negeri ini merupakan Burung Kenyalang (Rhinoceros Hornbill), inspirasi dari jata rasmi. Oleh kerana terlalu banyak spesies Burung Kenyalang yang mendiami tanah ini, Sarawak juga dikenali sebagai Bumi Kenyalang (Land of the Hornbill).

Burung Kenyalang ini melambangkan satu daripada tuhan yang paling berkuasa dalam kaum Dayak, Singalang Burong yang memainkan peranan yang penting dalam perayaan keagamaan Iban, terutamanya Hari Gawai Kenyalang.

Kenyalang mengemari buah ara dan memain peranan dalam penghapusan buah ara – suatu proses yang menujukan penumbuhan penghutanan ekosistem Sarawak.


Pokok rasmi

Pokok Belian, atau pokok besi, merupakan pokok rasmi negeri yang bertuah ini. Pokok ini mungkin tumbuh sehingga 100 kaki, dengan diameter batang pokok mencapai 36 inci.

Kayu Belian, juga dipanggil Kayu Besi Borneo Wood (oleh kerana kekerasan yang mengagumkan) tidak mudah reput dan amatlah berharga dalam bidang pembinaan, telefon and jawatan elektrik. Belian sangat disukai dalam penggunaan tempatan atau pengekspotan. Pokok Belian adalah spesis pokok yang tumbuh dengan perlahan. Ia mengambil masa beberapa ratus tahun untuk mencapai tahap dewasa. Oleh itu, penjagaan spesis ini tergantung pada pemulihan dan penanaman kerajaan.


Ikan rasmi

Ikan Semah (Tor douronensis), ikan air tawar yang paling popular Sarawak, telah digelar sebagai ikan rasmi. Ia didapati di sepanjang sungai kepulauan Borneo, Semenanjung Malaysia, Indonesia dan Thailand. Ikan tersebut membesar sehingga 40 cm dan mencapai berang 40 kg.

Oleh itu, ikan Semah yang jarang ini telah digelar sebagai "lombong yang berenang" (swimming goldmines).

Selasa, Disember 02, 2008

Lokasi Sebangan


Sebangan terletak di antara daerah Simunjan dan Sebuyau (terkenal dengan ikan terubuk). Lokasinya yang berhampiran dengan laut memberi rezeki kepada penduduk setempat. Oleh itu, sebahagian besar penduduk Sebangan dan kampung sekitarnya bekerja sebagai nelayan.

Terdapat dua laluan menuju ke Sebangan. Laluan utama sesuai untuk semua jenis kenderaan walaupun terpaksa menggunakan perkidmatan feri di Muara Tuang/jalan darat dan perkidmatan feri di Seruyuk. Laluan ini mengambil masa kira-kira 2jam dari Kuching ke Sebangan yang akan melalui Muara Tuang, Asajaya dan Sadong Jaya/Sungai Buloh, sebelum sampai ke Sebangan.

Laluan kedua pula akan melalui Serian dan Simunjan, sebelum sampai ke Sebangan. Walaupun lalaun ini dapat mengelak daripada menggunakan perkhidmatan feri tetapi dicadangkan jangan menggunakan laluan ini memandangkan laluan dari Simunjan ke Sebangan belum diturap sepenuhnya.

Semoga anda selamat sampai ke destinasi kami dan seronok menikmati fanorama ciptaan illahi sepanjang perjalanan anda.




sumber:PPIK Sebangan

[+/-] Baca Selanjutnya

Khamis, Oktober 30, 2008

Kampung Sebangan

Menurut cerita Penghulu Kampung Sebangan Sampat, pada asalnya nama kampung tersebut berdasarkan dengan nama sepohon pokok babas (rumput) yang dinamakan pokok Pagar Bangan.

Pokok tersebut hanya tumbuh di sebuah kampung seberang yang berdekatan dengan Kampung Sampat. Pokok tersebut mempunyai ketinggian hanya 3 kaki sahaja. Tiap kali pokok itu mencapai ketinggian 3 kaki ianya pasti akan mati dan tumbuh semula.

Memandangkan kampung seberang itu tiada nama pada masa tersebut maka penduduk kampung telah memberi nama kampung tersebut sebagai Kampung Sebangan.

[+/-] Baca Selanjutnya

Create your own short story

Fill-in each of the following empty fields using your own personal data and then click on "Write Story."

First Name: Something to Hide Behind:
Last Name: Friend's First Name:
Male or Female: A Piece of Furniture:
Age: A word expressing Anger:
Mother's First Name: Your Favorite Beverage:
Your Favorite Color: A Room in Your House:
Your City: Your Favorite Hobby:
Your State: Your Father's Name:
Type of animal: Your Favorite Store:
Favorite TV Show: Word to Describe Someone's Rear-End: